chill before the big exam!

asssalamualakum!
x jawab dosa, kalau jawab sayang!

okay! aku nak cakap exam PMR yang semakin dekat ni. korang semua dah prepare ker? kalau belum, jom sedarkan diri lagi berapa hari kita semua nak exam. jangan asyik dok nak mesej awex n balaq korang jer. facebook-ing? please! please! stop it right now!

ceh! over jer bagi nasihat. tapi, diri sendiri pon haram! okay! aku tulis ni untuk sedarkan diri aku jugak. dok asyik facebook-ing jer. padahal bukannya buat aper sangat dengan facebook tu just main game jer n tengok minah minah or laki laki yang bajet hensem jer. betul tak? apa nak jadilah kita ni.

okay! yang tu untuk kaki facebook-ing. ni kaki mesej pakwe n makwe diorang. udah udah ler tu. hentikan laa. exam dah dekat sayang oi! bawak bawak laa study! jangan dok nak hadap pakwe korang sangat. ceh! ayar bajet jer. eh! peduli aper aku! ni blog aku. suke hati aku laa! ken? ken?

aku just nak bagi tips tips sebelum peperiksaan. semua tips ni aku kutip time pegi SABDA hari. so, share share laaa kan. untuk kebaikan kita bersama untuk mencapai kejayaan! woo! terlebih sudah!

firstly, ulangkaji pelajaran secukupnya.
ok, tinggal bape hari jer lagi. kalau nak dikira insyaallah sempat nak ulangkaji semua subjek ni. so , jangan malas malas. utamakan diri anda. jadilah selfish sikit untuk kejayaan sendiri kan? kalau korang nak senang buatlah mind maps, tak yah susah nak buat nota nota yang berjele jele tu. mind maps ni lagi senang kita nak belajar sebab otak kita boleh serap melalui kreativiti yang kita buat kat mind maps tu.

then, buatlah latihan banyak banyak, sampai korang rasa nak muntah buat soalan tu. terutama sekali soalan soalan tahun lepas. k! hari tu aku pergi satu tempat ni anjuran yayasan perak and dia kata akan ada soalan soalan yang dah keluar akan keluar. tapi bukan semua laa. just 1, 2 soalan kut. untung untung kita buat ade keluar dalam exam. pergh! untung gila! tapi, yang aku tahu ni untuk subjek sejarahlah. yang lain aku tak tahu. mungkin akan ada jugak kot.

next, kalau korang rase ade yang korang tak paham jumpa laa cikgu. ni yang selalu kita dengarkan? kalau tak paham jumpa cikgu. sebab pe? sebab diorang yang ajar kita. so, terima je la. bukan macam u. tapi mereka lebih berilmu dari kita. so, patutnya menjadi rujukan kita semua. kalau korang malu malu gajah cam aku, bincang laa dengan classmates korang tu. tanyalah aper yang patut. kalau ade akak abang pun bagus jugak. tapi, sebaiknya jumpa dengan cikgu yang ajar. tak kan laa cikgu nak marah kita tanye kan? kalau diorang marah tu ade laa somethings tak kena. (p/s kalau ade cikgu yang baca jangan marah ek? nanti cepat tua)

okay! lastly, kalau dah terdesak sangat, last minutes punya study korang buat latihan tiru jawapan n hafal jer jawapan nyer. tak payah nak susah fikir. ni untuk orang yang malas and terlalu sibuk dengan aktiviti harian diorang. so, jalan terbaik hafal jer jawapan nyer. tak payah susah susah nak pikir. tapi ingat yang ini pilihan terakhir sebelum surrender. jangan mudah mengalah.

jangan sekali mengalah dalam peperangan  kita semua untuk dapat 8A. masih ada masa lagi. muhasabah laa diri, insaflah dengan kesilapan yang lalu. teruskan berusaha. jadi selfish untuk diri kita. bukan untuk orang lain. kejayaan kita , kita yang tentukan. lepas habis kita berusaha tawakal! tawakal kepada-Nya. biar Dia yang tentukan. aku cakap ni sekadar nasihat dan menjadi panduan aku jugak untuk kejayaan bersama. kita sama sama berjaya takde laa rasa rendah diri sangat kan.

end of the word, tips tips itu tadi saya kutip dari Mr. Micheal Ong semasa di SABDA. harap berguna. untuk maklumat lanjut sila rujuk di link ini.
http://ezlearn2u.my/

tips ini bukan sahaja untuk bakal mengambi PMR tetapi juga SPM. ilmu sebaiknya di kongsi bersama walaupun korang dah biasa dengar tips tips cam ni :)