kalau saya tahu bila saya mati :)

assalamuaalaikum. selamat menyambut bulan ramadhan :)

entry aku kali agak creepy jugak laa. dalam bulan puasa ni aku cerita pasal mati. ish! ade ker patut? x patut! x patut! tapi, aku tetap nak tulis macam tajuk entry aku. heee.

aku nak tulis pasal entry sebab sepatutnya hari ni aku mungkin patut ada kat dalam wad ICU mungkin. atau dah selamat berada di sana. "sengal" nana kawan aku x habis habis kata aku sengal. dia cakap aku nak tempah maut.

aku pon x tahu napa laa aku ni bodoh sangat buat benda tu. k, mesti korang x paham ape aku mengarut ni. kan? kan? memang x laa kan.

semalam 31.julai.2011, aku g study group dengan member aku. and, tibalah saat aku nak g umah member aku. so, nak kene laa lintas jalan raya yang banyak kenderaan. nak dijadikan cerita kita org keluar ni naek laa basikal coz nak cepat. mesti kate kite orang ni agak kuno coz naek basikal lagi kan? most of all mesti naek moto. tapi, babe! mak aku x kasi aku naek moto laa. lol! sebab dia takut anak dia mati macam org accident. mungkin laa. k, dah sampai nak lintas ni, punyer laa banyak kenderaan. yela, maklumlah tengah hari. duk lama punya tunggu tepi jalan. aku rasa macam nak mati jer x lintas2. nak kate lame tu xde laa sekitar 3-5 minit jer.

so , sampai satu saat aku nampak teksi agak jauh and sebiji kete myvi warne putih n belakang myvi tu aku x ingat kete aper. kesengalan aku jadi time tu. aku pergi melintas time kete myvi tu lagi 300 meter kot dari aku. x ker bodoh namenyer? har har har! memang pon. aku tak tahu kenapa aku boleh melintas time tu. kete myvi tu punye laa tekan horn bagai nak gila tapi aku buat dekkk jer. lepas aku dah lintas jalan member aku kate cam ni. 
"kau nak mati cepat ker? bodoh laa ko ni
something lebih kurang macam tu. aku tak tahu kenapa jantung aku tak berdebar debar macam xde bende jd. aku boleh rileks je wat muke bodoh. and yang paling pasti mesti orang yang bawak kete tu sumpah aku bagai nak giler. mesti punye. dah member aku cakap aku macam tu aku boleh jawab dengan agak selamber.
"sorry! lepas ni aku x buat lagi. aku janji. sorry!"
agak babi kan ayat aku? taw xpe. what the hell! kawan aku dah marah marah aku sampai hari ni. aku tetap senyum jer n aku cakap
"kalau aku kene langgar semalam hari ni aku x berdiri kat sini. aku dh patut ade kat wad x pun dalam kubur. kau patut bersyukur, aku x mati depan mate ko. kalau x kau gak yg trauma."
ayat aku lebih kurang macam ni laaa. paz tu dia cakap aku "sengal and bodoh"

sabor je laaa aku. nak wat cmne ker. lepas ni aku akan berhati hati lagi untuk g mane mane. aku xnk wat kesilapan macam semalam.

okay! tu aku citer pasal mati. yang ni aper aku akan wat kalau aku tahu bile aku mati.

first of all, aku xkn baring and menangis menanti kematian. oh! that exactly not me laa. masa yang ada akan aku gunakan untuk bersama orang yang aku sayang. setiap detik hanya bersama mereka. aku akan menikmati saat saat akhir yang indah supaya diorang x sedih kalau aku pergi. aku kalau boleh xnk laa orang sedih pasal kematian aku. tapi, tak bermaksud diorang boleh mentertawakan kematian aku. aku cuma nak diorang x sedih supaya aku boleh pergi dengan tenang.

aku akan buat semua benda yang aku nak buat. aku xnk terlepas keseronokan yang ade. xkn sesekali pon. and aku nak semua benda tu dengan orang yang aku sayang. sebab aper aku nak wat dengan orang yang aku sayang? sebab aku sayang diorang laa. har har har. kalau boleh aku xnk diorang tahu yang aku nak mati. aku nak bergembira bersama diorang. sebab kebahgian adalah penawar kedukaan. aku nak always happy dengan mereka semua. aku tak kan patah semangat utk hidup. memang laa sedih kalau kita tahu kita dh nak mati kan? tapi, tak kan kita nk terus sedih menghadap kematian?

lastly, aku nak minta maap kat semua orang kalau boleh. kalau aku ade hutang dengan orang, kalau boleh ak nak bayar. aku xnk terseksa di sana nanti. aku xnk dapat nama buruk. seburuk buruk mane pon perangai aku, aku akan tetap hornat orang lain. tapi kalau orang tu melampau memang tak la. alamak! terkeluar tajuk lak. hehehe.  for my mummy and daddy. aku nak tidur ngn diorang tiap tiap malam. hehe. biarlaa, kalau itu saat terakhir aku bersama mereka. sebab mati itu adalah rahsia. aku nak jugak bermanja dengan diorang macam time kecil kecil dulu.

konklusinya, (ceh! macam dalam karangan pulak) hehehe. aku nak menikamti hidup aku sepuas puasnya. tak bermaksud aku lupa pada yang Esa tapi aku nak merasakan kebahagian agar kedukaan dapat dilupakan. hidup ini hanya semetara. macam sajak william shakespears, life's brief candle. abstrak sungguh kehidupan kita sebagai manusia. ibarat sehelai kain putih. kita yg tentukan corak hidup kita. ibarat roda, kadang kat atas kadang kat bawah. huhuhu. kita hidup ni ibarat lakonan. kita berada di pentas dunia melakonkan watak yang kita pilih. boleh jadi jahat, baik and macam macam tulah keistimewaan ciptaan-Nya. ape yang aku cakap ni dari segi perspektif minda aku. aku tak nak sentuh pasal agama sangat sebab aku bukanlah pandai sangat.

sesuai dengan entry akulah kan,. kalau aku tahu bila aku mati. aku harap akak, abang aku x baca entry ni. kalau diorang baca sumpah aku x ley keluar rumah, oh! tidak! malang sungguh naseb aku time tu. kesimpulannya kematian adalah rahsia yang belum kita tahu. begitu juga jodoh kita. hanya menunggu dan melihat. menanti penuh kesabaran. aku akhiri entry aku kali ni dengan lagu andai ku tahu. yang sememangnya sesuai dengan tajuk aku. hehe. harap korang suka :)


sekian, terima kasih kerana membaca belog saya :)